Matlamat Kolej Vokasional Melaka Tengah

Menjadikan sekolah ini sebagai “ pusat ilmu “ bagi memburu kecemerlangan pencapaian pelajar dalam berbagai bidang dengan cara memberi mereka pendidikan yang paling bermutu.

  1. Membina nilai serta kepakaran guru bagi mewujudkan pandangan positif terhadap Sistem Pendidikan Teknikal & Vokasional supaya dihormati oleh masyarakat.
  2. Melahirkan pelajar yang mahir dalam bidang teknikal dan separa teknikal bagi memenuhi keperluan gunatenaga negara.
  3. Memberi pendidikan asas dalam bidang sains dan teknologi kepada pelajar yang mempunyai kecenderungan terhadap bidang tersebut serta memupuk dan mengekalkan minat tersebut dan seterusnya membolehkan mereka melanjutkan pengajian dalam bidang yang berkaitan di Institusi Pengajian Tinggi.
  4. Menerapkan ciri-ciri budaya kecemerlangan di sekolah ini bagi memenuhi aspirasi dan hasrat agama, bangsa dan negara iaitu untuk melahirkan generasi yang produktif dan berdaya maju.